Resepi Sos Cili Homemade
Thun lepas buat mayonis, tahun ni buat sos cili homemade pula, resepi dari org yg sma ia itu sis Fauziah Gee tq sis😍😘
Rasanya sama seperti sos yg sya bli kat pasar raya sdapp💞💞
Resepi sos cili homemade
Bahan²:
250g lada kering
50g bawang putih
1 kg gula
87g garam
250g cuka
1.2 liter air mineral
100g tepung ubi
Cara buat:
1) lada kering digunting kemudian ditampi supaya banyak biji yg kluar, kemudian direbus hingga mendidih dlm 15 mnit.
2) kemudian curahkan kedalam mangkuk bertapis dan cuci lada dibawah alur air paip yv mngalir,cara ini juga bleh membntu mengeluarkan sisa biji lada yg masih ada dan dpat mengurangkan rasa pedas lada tu nnti.
3)bila dah siap proses mencuci blenderkan lad b.sama bawang putih dengan menggunakan 1 liter air mineral dari sukatan 1.2liter blenderkan sehingga lada betul² hancur.
4) selesai proses memblender masukkan dlm periuk.
5) dengan menggunakan api sederhana masak tanpa minyak sehingga melegak dlm 15 mnit.
6) masukkan 200ml air mineral, garam, gula, dan cuka kemudian kacau rata, rasa ketiga² bhan perasa yg di masukkan tadi cukup rasa pedas manis dan masamnya.
7) masakkan lagi selama 1 jam sambil dikacau sesekali.
8) lepas 1 jam tutup api dan alihkan periuk ketempat lain.
9) masukkan t.ubi yg telah di dibancuh dngan sdikit air, kacau sehingga sebati dan sos kelihatan pekat sedikit dah siap biarkan sos sejuk.
10) kemudian blenderkan semula sos untuk mendpat kan tekstur sos yg likat halus dan cantik mcm awak😍😂 sblum dibotokan.
Info: bahan² yg ada kat atas👆 dan yg dlm gambar👇 x sama ok sbab resepi asal sya dah bahagi kepada 2 jdi klo korang nak buat bnyk sila ikut resepi kat atas👆 bgitu juga disebaliknya👍
Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=685870324927111&id=100005124490052&sfnsn=mo
Comments
Post a Comment